| Wednesday, 24 October 2012 | 0 comments |


Kepala Atas Kubur


Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.

Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya...

Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr".

Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?

Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan.

"Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku.

Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada.... Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak.


"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.

Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.

Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!

Kisah kepala atas kubur ni berlaku dah lama.Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak hairan. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar.

haha amacam cite aq ok..?? terbaik ke apa haha..?? ehh korang rumah korang ada x kubur lama ke..?? klu ada cuba la malam2 gi tinjau2 yelah mana tahu tiba2 mlm tu ada lak dpt kawan baru hahaha...ehh aq nampak ada sesuatu la kat blakang korang tu ...ehh korng ajak kwn korang tgk sama ke..??cer korang tgk tu betul2 berdiri blakang korang ...rambut panjang la cantikk woooo....ayokkk ada org teman korang baca xtahu mlm nii korang tido la ngan dia ea ...ayokk xtahu... 

Nama-nama Hantu

| Tuesday, 19 June 2012 | 0 comments |

Jin ialah sejenis makluk yang juga diciptakan oleh tuhan selain dari manusia. Jin juga mampu menukar rupa bentuk mereka kepada bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka terbahagikan kepada ketegori hantu yang berlainan jenis dan nama. Dikalangan masyarakat melayu juga mempunyai nama dan jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :-

1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam.

Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

2. Langsuir - perempuan

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.

Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.

Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

4. Pelesit - boleh dipelihara

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

5. Hantu air - dalam air

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.

Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.

Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.

Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

6. Hantu raya - boleh dipelihara

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petir


Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

8. Polong

Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.


9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.

Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebua kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.
Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.

Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

10. Bajang - makhluk aneh

Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.

Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.

Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.
Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.

Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Orang Bunian Sungai Tekali
Pada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.

Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.

12. Hantu Jepun

Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.
Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.

Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.

Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.

Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).

13. Hantu bukit

Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

14. Hantu kubur

Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah


15. Pari-pari

Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.

16. Jerangkung

Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

17. Hantu laut

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.

Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.

Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.

Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

18. Hantu galah

Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.

Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.

Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.

Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

19. Jin Tanah

Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).

Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.

20. Hantu Keramat

Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

21. Hantu Kum-Kum

Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.

Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.

Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.

22. Orang minyak

Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.

Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.

Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.

23. Puaka

Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.

24. Penanggalan

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

25. Pocong

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

26. Hantu bidai

Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

27. Hantu kopek

Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.

28. Harimau jadian

Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.

Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

29. Jembalang tanah

Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

30. Hantu tengelong

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

villa nabila yang penuh dengan misteri

| Monday, 18 June 2012 | 0 comments |
Ini merupakan pintu pagar untuk masuk ke dalam villa nabila pagar untuk masuk jew kita dah nampak pokok-pokok yang besar yang amat mengerunkan tu belum masuk lagi ,baru kat luar dah nampak takut kat dalam entah apa la lagi.......

 

Ini merupakan padangan daripada tepi villa nabila ini pon saya hanya ambil daripada google kalau tangkap sendiri mau demam seminggu saya sebab terlampau takut huhuhu...tapi kalau ada yang sanggup teman saya pergi saya ok jew memng ada cadangan nak pergi tengok sendiri cuma kurang berani hehehe....kalau ada yang angkat tangan nak teman ok jew huhuhu.....

Villa nabila ini berada betul-betul di tepi pantai dan villa ini juga berada di kedudukan yang agak tinggi juga...Saya berfikir dalam hati villa ni kalalu orang kasi free mesti best...
Vila memang kalau di buat semula mesti cantik..rumah dia macam bertingkat tau..sebab kat kawasan tu macam berbukit,jadi rumah dia pun bertingkat-tingkat gak..Mengikut cerita apa yang aku baca,vila ni dah wujud sejak zaman 60an lagi..Masa tu vila ni memang berpenghuni dah memang cantik.lepas tu tahun 90an la rumah ni di tinggalkan..Untunglah kalau dapat rumah macam tu tapi sampai skrang masih xde orang brani untuk tinggal di villa tersebut..

Lagi satu,vila ni pernah masuk dalam seekers tau..ala,yang dulu kat ntv7 tu..ada volunteer nak duduk sorang-sorang tu merasai tempat seram..dah try cari link tapi dah tak ada la..tapi dia tak masuk betul2 dalam rumah ni..tu yang tak syok sebab nak tgk gak keadaan dlm dia macam ne..ada yang kata,perabut dia semuanya ada terletak kat tempat asal,tapi dah jadi usang la..

Cite ni ada macam-macam versi tau..tak silap aku ada 6 versi pasal macam ne rumah ni leh kena tinggal..jom kita baca versi yang ada..apa yang aku ingat la ye..
versi 1-kononnya la pasangan yang tinggal kat situ orang yang kaya,tapi daku rasa memang la kaya kalau dah wat rumah macam tukan..lepas tu,diorg ni kena rompak..jadi masa kejadian tu,semua ahli rumah dibunuh,dan mayat nabila kena tanam kat dalam rumah tu..
versi2-
ibu bapa nabila ni pergi kat oversea..jadi dia tinggalkan nabila dengan orang gaji dia..sekali orang gaji dia tu,bawak balik la lelaki kat rumah tu..nabila dapat tahu,then diorang bunuh nabila ngan tanam kat dalam rumah tu..
versi 3-
ayah nabila ni mengamuk,tak tahu la sebab apa,lepas tu dia tembak semua ahli rumah dia..semuanya mati kat dalam rumah tu..
versi 4-masa kejadian rompak tu,nabila ni dia kena rogol..jadi mayat dia kena la tanam kat citu gak..

versi 5-
vila ni kepunyaan satu keluarga cina la..kalau dah rumah macam ni,mesti la yang bergela dato kan..sekali tak silap dia bankrap..pastu kena tarik balik jawatan dia tu..so,dia duk kat tempat lain..rumah tu jadi lah rumah tinggal..
versi 6-
vila ni dlu orang kata dijadikan tempat orang-orang berhibur..nama dia Christine Palace..ada yang kat kat pintu gerbang dia tu,memang tertulis nama ni..mat saleh la yang tuan vila ni..yang tuan dia ni,nak bahagikan la tanah ni dengan adik beradik dia yang lain,sekali macam mat saleh tu tipu le..yelah,bila dah dapat harta,semuanya janji tinggal janji..sekali adik beradik diorang ni marah la..diorang hantar wakil la nak bincang..dalam bincang-bincang tu,diaorang ni bergaduh..pastu tuan vila ni kena bunuh..terus diorang tinggalkan macam tu je..
HAHAHA...JADI ADAKAH ANDA PASTI RUMAH YANG ANDA DUDUKI ITU TIADA MAHKLUK LAIN YANG MENUMPANG ATAU BERSAMA ANDA HAHA...KETAHUILAH KESEMUA ITU MELALUI ORANG2 YANG PANDAI DALAM ILMU AGAMA DAN TERUSKAN MEMBACA BLOG BERHANTU SAYA UNTUK MENGETAHUI LEBIH BANYAK CERITA MISTERI DI DALAM DUNIA INI.

Kisah Misteri Sebuah Lorong Sunyi

| Wednesday, 23 May 2012 | 0 comments |

Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.

Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.

Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.

Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.

Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.

Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.

Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.

Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.

Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.

Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.

Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.

Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.

Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.

Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.

Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang menyeramkan.

Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah bumi.

Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.

Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu.

kerana perempuan cantk akhirnya tidur di kubur

| Sunday, 15 April 2012 | 0 comments |
    Razali bekerja disebuah hotel sebagai bellboy, usianya masih muda. Tugasnya bermula dari pukul 11 tengah hari dan habis kira-kira pukul 11 malam. Oleh kerana dia baru bekerja , masih belum mampu membeli kenderaan sendiri. Dia berulang alik dari rumah ke tempat kerja dengan menaiki bas dan LRT. Jika dia terlewat, perkhidmatan pengangkutan awam sudah habis, maka terpaksalah dia menaiki teksi. Walaupon tambangnya agak mahal bagi seorang pekerja biasa seperti dia, mahu tidak mahu dia terpaksa juga menaikinya, kerana tiada pilihan lain untuk pulang ke rumah abangnya di sebuah taman di Ampang, berdekatan dengan Bukit Belachan.


     Pada waktu malam, kerja di hotel masih banyak belum selesai, Razali tidak boleh pulang awal, selalunya dalam pukul 11 malam dia sudah pun melangkah keluar dari perkarangan hotel menuju ke stesen monorail dan terus  menaiki bas terakhir di Jalan Ampang. Malam itu pukul 12 malam baru dia dapat balik, kerana ada majlis di hotel, dia kena tunggu sehingga majlis selesai.


    Setelah berdiri di tepi jalan selama 45 minit baru sebuah teksi berhenti, kira-kira setengah jam , dia pun sampai di  kawasan perumahan berdekatan dengan rumah abangnya. Razali tidak turun di hadapan rumahnya kerana rumah abangnya terletak di tengah-tengah kawasan perumahan yang agak besar, selalunya Razali akan turun di tepi jalan besar dan mengambil jalan pintas di celah-celah rumah orang dan juga kawasan perkububuran.

        Lagi cepat mengambil jalan pintas dari teksi yang terpaksa berpusing-pusing hampir dua kilometer dan boleh jimat juga dalam rm1.50.Sebaik sahaja Razali turun dari teksi dan melangkah longkang yang agak besar, dia ternampak dua orang gadis yang cantik sedang berjalan di jalan pintas yang sama.Biasalah sebagai anak muda, apabila melihat dua gadis cantik tentu Razali melangkah cepat-cepat untuk mengekorinya, sambil jalan berkawan dapat juga berkenalan.

        "Hai! Adik ni malam-malam ni datang dari mana?" tegur Razali sambil berjalan di belakang dua gadis itu.Gadis itu langsung tidak menoleh tetapi terus berjalan. Bau aroma minyak wangi gadis itu cukup wangi. Oleh kerana tidak dibalas sapaan, Razali menyapa lagi, "adik berdua ni duduk mana?"

       Ketika itu barulah kedua-duanya menoleh sambil tersenyum dan menuding ke arah depan."Nama siapa?" Razali mula rancak hendak berbual. Kedua-dua gadis cantik itu hanya tersenyum. Mereka terus berjalan di tepi longkang besar yang memisahkan jalan pintas dan pagar tanah perkuburan.

        Oleh kerana gadis itu hanya tersenyum dan tidak mahu bersuara langsung, timbul keinginan Razali untuk mengikutnya dari belakang. Makin lama gadis itu berjalan semakin pantas, walaupon Razali mempercepatkan langkah, namun kedua-dua gadis itu lebih jauh ke depan.

         Kemuadian kedua-dua mereka hilang di celah-celah rumah orang. Razali pun membelok ke kanan menuju ke rumah abangnya, berjalan sambil bersiul. Tetapi setelah melangkah dan melangkah dia lihat taman perumahan itu berlainan sekali. Tidak seperti selalu, Razali berdiri seketika di tepi jalan sambil memerhati deretan rumah-rumah dan tertanya-tanya pada dirinya di manakah dia berada ketika itu. Puas dia memerhati mencari rumah abangnya tidak juga jumpa. Akhirnya dia ternampak sebuah pondok kayu yang dibina di hadapan rumah untuk berehat-rehat. Dia terus membaringkan dirinya di situ kerana terlalu letih. Dia pun tertidur lena kerana terlalu letih.

         Besok pagi, dia terasa badannya digoyang-goyangkan oleh seseorang yang mengejutkannya. Dia pun membuka kelopak mata dan dia dapati dirinya sedang terbaring di tepi sebuah pusara. Semakin dia membesarkan kelopak mata dia lihat dua batang batu nisan di sisinya. Terkejut melihat suasana itu, Razali pun melompat bingkas bangun. Seorang pakcik tua berdiri di tepinya dan bertanya, kenapa dia tidur di tanah perkuburan itu. Adakah dia terlalu sedih dengan kematian saudaranya sehingga sanggup tidur di kubur itu?

          Razali mengosok-gosok pasir di sekeliling bajunya dan menjawab," Eh tidak pakcik, tidak saya bukan tidur di kubur saudara saya...em saya sendiri pun tidak kenal kubur siapa ni!".  " Habis tu macam mana awak boleh tidur di kubur ni?" tanya  pakcik sambil menegakkan batang cangkul yang dipegang untuk membetul topi hijau lusuh yang dipakainya.

           Razali pun menceritakan kisah yang terjadi pada malam tadi.... Pakcik itu memberitahu dia adalh penggali dan penjaga kawasan tanah perkuburan itu. Memang ada dua orang gadis meninggal serentak kerana kemalangan jalan raya di tepi jalan besar tempat Razali turun teksi. Sudah sebulan kejadian itu berlaku dan itulah kubur yang dia tiduri itu. Kelam kabut Razali meminta diri dan terus pulang ke rumah.......


Jadi Adakah Rumah Anda Berdekatan Dengan Kubur... Adakah anda pasti kubur tersebut selamat dilalui ketika waktu malam..?? Pernahkah Kejadian Misteri Seperti Di Atas Berlaku Di Kawasan Kubur Yang Berdekatan Dengan Rumah Anda...??? ha3..



 INI GAMBAR PEREMPUAN YANG ANDA INGIN TUMPANGKAN KETIKA TERJUMPA DI TEPI JALAN..........NAMPAK CANTIK SANGAT MESTI RAMAI YANG BERKENAN CIRI WANITA TERAKHIR MACAM TU....

                                                                              TETAPI

SETELAH DITUMPANGKAN ANDA AKAN BERTANYA BEBERAPA SOALAN TETAPI TIDAK DIJAWAB........MESTI ANDA AKAN TERTANYA-TANYA KENAPA DIA TIDAK MENJAWAB DAN CUBA UNTUK MELIHAT SETELAH ANDA IHAT MUKA PEREMPAUN TERSEBUT BUKAN LAGI SEPERTI GAMBAR YANG DI ATAS TETAPI......HE3.....



HA3...SELEPAS ITU APA YANG TERJADI....?? HE3 MESTILAH KEMALANGAN JALAN RAYA HA3........
| Saturday, 14 April 2012 | 0 comments |

          Isteri Sulaiman telah melahirkan anak di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sulaiman bekerja shift no 2, iaitu habis dalam pukul 8 malam.Sebaik sahaja keluar dari kilang, dia meluru masuk ke hospital untuk melihat kelahiran anak sulungnya. Sulaiman gembira dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya.Kerana terlewat datang, sepatutnya dia tidak dibenarkan masuk melawat wad bersalin tetapi atas ehsan kemamusiaan dia diberi kebenaran, lagi pun isterinya yang bersalin maka diberi kelepasan.

         Setelah berbual dan menjaga isterinya, hari semakin malam, pukul 11:30 malam, pengawal keselamatan meminta Sulaiman beredar dr wad. Sulaiman mencium anaknya berkali-kali dan mengusap kepala isteri. Dia berjalan keluar dari blok hospital, menuju ke tempat letak kereta. Hanya tinggal kereta Sulaiman sahaja terletak di kawasan letak kereta pelawat. Ketika melangkah dalam dua ratus meter dari blok hospital, muncul seorang makcik tua berpakaian biasa, merapati Sulaiman dan berkata, "Nak, makcik nak minta duit nak makan, boleh tak nak!"

          Sulaiman teringat ibunya di kampung yang seusia dengan makcik itu.Hiba rasa hatinya melihat makcik tua meminta duit untuk beli makanan.Dia pun bercadang memberi sedekah dalam sepuluh ringgit. Dia tarik dompet dari poket seluar, diselaknya dan didapati hanya ada sekeping rm50.

         Alahai,itulah satu-satunya duit yang tinggal.Jika dia beri sehelai rm50, bagaimana pula dengan dirinya. Dia fikir hari sudah larut malam, dia tidak lagi menggunakan wang untuk hari ini. Untuk besok dia boleh cucuk kad bank keluarkan wang.

         Dengan keihklasan dia menghulurkan sekeping rm50.Makcik itu ambil setelah mengucapkan terima kasih, dia pun beredar pergi.Sulaiman masuk ke dalam kerata dan sebaik sahaja beredar kira-kira 1 kilometer, dia lihat minyak keretanya sudah kosong, lampu tangki minyak sudah menyala dan dia ragu-ragu minyak yang ada itu boleh sampai ke rumahnya di Ampang.

          Dia pun memandu ke bank di jalan Ampang, iaitu berdekatan KLCC, bertujuan untuk mencucuk duit keluar dari mesin ATM.Baru dia sedar waktu sudah melebihi pukul 12 malam, semua mesin ATM tidak berfungsi.

          Aduhai, Sulaiman berhenti seketika di hadapan bank itu dan memikir bagaimana caranya untuk mendapat wang untuk membeli minyak. Dia tiada pilihan melainkan pulang semula ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk meminjam wang dari isterinya, dalam jumlah rm10 pun mencukupi setakat hendak pulang ke rumah.

          Setelah sampai di pagar bawah blok Bersalin. pengawak keselamatan tidak membenarkan dia masuk. Kerana hari sudah telalu lewat. Walau apa pun alasan yang Sulaiman beri, tetap tidak dibenarkan. Setelah puas merayu dan tidak berjaya, Sulaiman tekad untuk terus pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di Ampang. Sekiranya kereta kehabisan minyak, dia bercadang untuk memberhentikannya di tepi jalan dan menunggu sehingga esok pagi. Berkemungkinan dia terpaksa tidur di dalam kereta, apa mahu buat.

           Melangkah dengan lemah menuju ke kereta. Dia pun menghidupkan enjin dan kereta mula keluar dari kawasan hospital. Tiba-tiba dia terpandang seheai rm50  di atas tempat duduk sebelah pemandu. Sulaiman ambil duit itu dan dibelek-beleknya untuk memastikan adakah itu benar-benar wang. Memang sah itu wang rm50. Siapakah yang meletakkan wang rm50 di situ?

           Sulaiman binggung tetapi dia terus menuju ke stesen minyak dan setelah mengisi rm30 dia hulur wang rm50 itu. Hatinya berasa takut juga sama ada itu wang atau mungkin bertukar menjadi daun apabila dipegang orang lain.

           Sulaiman lega melihat wang itu diletakkan dalam peti cashier dan diterima baki rm20 dengan senyum lebar...adakah makcik itu meletakkan wang itu semula setelah melihat Sulaiman dalam kecemasan, jika benar, bagaimana makcik itu boleh memasukkan wang itu, sedang cermin dan pintu betutup rapat?


   adakah anda pasti hospital-hospital yang slalu anda melawat adalah selamat dan tiada ngangguan..?? jangan terlalu pasti ha3 mungkin ada perkara misteri pernah berlaku di situ.. dan ingat dia berada di mana2 ha3.... adakah anda beseorangan sekarang..???jangan terlalu pasti ha3..kerana selalunya ada dia menemani kita hik3
          

syaitan menyamar isteriku

| Friday, 13 April 2012 | 0 comments |


  Kad undangan berwarne merah jambu dengan tulisan warna emas yang tercetak, terletak di atas meja ruang tamu. Terdorong  rasa hatiku untuk membuka dan membacanya walaupon perutku sudah kelaparan. Kata isteriku "Bang, kad itu dari JB pada hari sabtu depan. Kak Kamariah yang di Tambun tu, kita pergi ya bang! Bukan orang lain kak sepupu abang kan", sambil membaca kad undangan itu aku angguk-anggukkan saja tanpa berkata apa-apa.

   Isteriku memujuk lagi:" Bang, kan sudah beberapa bulan ini kita tidak ke Singapura, saya pun sudah rindu dengan keluarga, lepas jumpa keluarga bolehlah kita ke Singapura , sekali-sekala hilangkan stress apa salahnye bang. Ya bang, ya....". Setelah selesai membaca kad itu itu aku kemudian memandang isteriku dan menganggukkan kepala tanda setuju sambil terus berjalan ke dapur diikuti isteri dari belakang,dan kami pun makan malam.

   Memang cepat hari berlalu, tak terasa hari Sabtu yang ditunggu pun tiba.  Kami pun berangkat dari Ipoh ke JB.
    Setibanya di Melaka, Maria isteriku memberi cadangan dan terus memujuk aku untuk singgah di Gunung Ledang, dia kata teringin sangat hendak melihat tempat tu......Lagi pun hari perkhawinannye besok, kami bukan terburu-buru hendak ke sana.

   Aku meletakkan kereta di pinggir gunung yang agak sejuk isteriku menarik-narik tanganku ke arah lubuk sungai di kak gunung tersebut dan duduklah kami dangan santai sambil bercerita. Ada saja cerita keluar dari mulut isteriku, si Maria tu memang celoteh. Kemudian Maria menceritakan rancangannya di JB nanti, katanya setelah selesai majlis perkhawinan, dia mahu melawat beberapa tempat menarik di Singapura. Sebelum itu, dia mahu pergi ke rumah saudara mara di Johor, lagi pula sudah lama tak berkunjung. Setelah puas menikmati keindahan di sekitar sungai dan kaki gunung itu, kami pun meninggalkan kawasan itu dan melanjutkan perjalannan ke JB.
    Setibanya di Batu Pahat, isteriku meminta berhenti sekejap di supermarket untuk beli roti dan minuman untukk mengisi perut ketika dalam perjalanan. Aku malas untuk turun, aku biar isteriku turun seorang diri dan pergi masuk ke supermarket tersebut.

    Tak lama kemudian terlihat seorang yang memang mirip isteriku membawa bungkusan besar makanan dan minuman mendekati kereta. Tentulah aku crpat-cepat bukakan pintu kerana aku sangkakan isteriku. Setelah dia masuk ke dalam kereta aku tercium bau bunga cempaka bercampur kemenyan yang membuat bulu romaku berdiri.

     Tetapi kerana melihat wajah isteriku yang berseri-seri dan berkata dia telah membeli beberapa roti kegemaranku maka aku pun tidak pedulikan bau aneh yang muncul serentak dengan kedatangan isteriku tadi.

     Kereta bejalan dn meluncur pergi keluar dari Bandar Batu Pahat meneruskan perjalanan ke JB. Sayangnya mataku kurang perasan, sehingga tidak terlihat bahawa sebenarnye beberapa saat sebelum kereta bergerak tadi, isteriku yang sebenarnya muncul di pintu supermarket dengan mambawa bungkusan besar berisi makanan dan dia nampak keretaku meluncur pergi dengan membawa wanita lain.

    Isteriku terlalu marah dan menyangka aku telah pergi atau lari meninggalkan dia dengan membawa wanita lain, ketika itu juga dicampakkan bungkusan dan dengan air mata bercucuran kemudian lari pulang ke Ipoh. Hatinya dipenuhi dengan marah geram, cemburu,sedih dan semuanya. Mulutnya mengomat kamit berkata, " siap dia nanti bila balik ke rumah nanti". Berkali-kali dia berkata begitu sepanjang perjalanan kembali ke Ipoh.
    Dengan rasa geram Maria terus bertanya-tanya, siapakah perempuan yang menjadi simpanan suaminya itu dan telah pergi bersam suaminya??.. Mengapa dia ditinggalkan begitu saja tanpa menoleh untuk menengok sedikit pun, sungguh kejam.

    Bagaimana dengan anaknya Rita, apakah dia sedang menangis menanyakan emaknya atau sedang apa ?Memang kejam sekali suami ini. Rasa benci terbenam di hatinya yang sedih dah luka.

    Sesampai Maria di rumah langsung dia menghempaskan dirinya ke atas tempat tidur dan menangis tersedu-sedu sambil tak berhenti-hentinya mengeluatkan ancaman....
      Dalam masa yang sama tidak sedikit pun terlintas di fikiran aku tentang terjadinya hal ini. Isteriku sedang bersedih di rumah, aku sedang berbual romantis dengan wanita yang kusangka isteri itu. Selaa dalam perjalanan itu aku rasa seronok sangat, kerana aku tengok isteriku bertambah-tambah manja dan seksi terhadapku, hinggakan berkali-kali pipiku diciumnya membuat hatiku semakin berbunga-bunga.

     Isteriku itu kemudian merapatkan tubuhnya dan merebahkan kepalanya ke peha ku dan berkata "baaang, kalau boleh saya nak mesra-mesra dengan abang sekarang".

     Aku berfikir sambil berkata dalam hati, apalah Maria ni kan masih banyak masa apabila sampai JB nanti. Ketika rambutnya menyentuh pipiku, ketika itu aku tercium kembali bau wangi bunga cempaka bercampur kemenyan, sehingga bulu romaku tegak lagi. Syampu apa pula yang dia pakai ni! Dengus aku dalam hati, sambil menahan lubang hidung. Bau wangi syampu yang dia pakai ni menimbulkan rasa takut di hatiku pula.

     SETIBANYA DI JB
     Akhirnya setelah tiba di JB, aku langsung menuju ke hotel yang terdekat dari Bandar JB, dan menempah bilik untuk satu malam kerana ingin beristirehat sejenak menjelang majlis perkhawinan nanti.Setelah masuk dalam bilik , isteriku mengajak mandi bersama, aku terkejut besr kerana sebelum in tidak pernah dia buat begitu, adakah dia membaca buku atau mendengar  ceramah keluarga di tv yang memberi idea itu,tapi aku ikut saja kemahuannya. Di dalam bilik mandi, isteriku berbisik mesra meminta hubungan intim, pada mulanya aku kurang setuju tapi dia goda aku membangkitkan hasrat kelelakianku......
       Majlis perkhawinan anak Kakak Kamariah sangat meriah dan memang ramai keluarga datang, kami saling bertanya dan bercerita keadaan keluarga dengan mesra. Ketika sesi penggambaran mulanya isteriku menolak, tapi setelah dipujuk akhirnya dia mahu juga. Ada keluarga yang mengajak kami bermalam di rumah mereka tapi dengan baik aku tolak kerana sudah menyewa bilik hotel.Akhirnya majlis pun selesai dan kami pun meminta diri untuk pulang.

     Sesampainya di bilik hotel isteriku melepaskan pakaian kebaya majlis perkhawinan itu satu demi satu sambil menggerakkan tubuhnya dengan romantik, aku tahu dia hendak mengoda aku dan setelah terlepas semuanya dia terus menerkam aku.Malam itu tiga kali berhubungan intim hingga letih aku nak melayan isteriku yang sudah berubah peragai.
  
    Tengah hari kami pun check out keluar dari hotel dan berangkat pulang ke Ipoh. Menjelang nak masuk maghrib isteriku mendesak untuk berhenti di kaki Gununh Ledang semula. Dia mendesak kerana nak berehat di lubuk sungai yang kami kungungi semalam. Aku  menolak kerana mahu cepat sampai ke rumah. Tetapi dia terus berkeras dan mendesak-desak memberi alasan yang tidak masuk akal, mahu tidak mahu aku singgah juga.

     Setelah duduk berehat, isteriku berkata dengan wajah serius kepadaku, bahawa perjalanan ini tak akan pernah dilupakannya dan dia mencium pipiku berkali-kali aku jadi pelik dengan kelakuannya dan kata-katanya itu. Seperti hendak berpisah  pula dan tidak akan bertemu denganku lagi.....

      Sedang duduk di tepi sungai, azan maghrib pun bergema mendayu-dayu, tiba-tiba dengan tidak kusangka-sangka isteriku terjun ke dalam lubuk sungai, aku jadi terkejut dan menjerit sekuat-kuat hati sambil menjenguk ke dalam sungai.Aku menjerit meminta tolong sehingga datang beberapa lelaki termasuk pengawal yang menjaga kawasan.Setelah aku menceritakan kisah tersebut kepada pengawal di Gunung Ledang. Pengawal itu pun memberanikan diri turun sambil mengikat badannya ke tali.Setelah dicari ke dalam lubuk, dia kata tiada apa-apa pun.

    Aku terus menangis dan menangis meminta mereka selamatkan isteriku.Pengawal yang menjaga Gunung Ledang merasa kesian dan mehubungi polis .Pegawai polis memujuk dan meminta nombor telefon waris terdekat.Akhirnya mereka telah menghubungi kakakku di JB dan memberitahu dakwaan yang aku buat menggatakan isteriku terjun dalam perigi.Kakakku pun beritahu, isteriku baru beberapa jam tadi ada menghubungi mereka di JB menuduh aku meninggalkannya di Batu Pahat dan kini ada di Ipoh.Sebenarnya kakakku pun pelik kerana pada majlis perkhawinan aku ada membawa isteri.
   
      Kemudian polis memanggil aku dan meminta aku bercakap dalam telefon dengan isteriku di Ipoh. Aku berhenti menangis dan tersentak, benarkah yang aku dengari dalam telefon itu isteriku, sedangkan tadi dia terjun di dalam perigi. Mereka telah meminta isteriku datang ke balai polis dan mengambilku pulang,pada sangkaan polis aku mengalami masalah jiwa.

      Tengah malam itu, aku sendiri terkejut melihat isteriku muncul di balai polis dengan muka masam dan marah kerana aku tinggalkan dia di hadapan supermarket. Aku kebingungan dan terpinga-pinga... Pihak polis bertanya kepada isteriku adakah aku mengalami sebarang penyakit dan mungkin terlupa nak makan ubat atau sebagainya isteriku menggeleng aku kebingungan.

     Akhirnya datang sepupu aku menunjukkan semua gambar yang diambil bersama isteriku ketika majlis perkhawinan, di bahagian isteriku berdiri kelihatan seperti asap, wajah isteriku langsung tidak nampak. Aku lega dengan bukti-bukti itu setidak-tidaknya orang lain tidak mengatakan aku sewel atau gila.


 Jadi adakah anda pasti isteri yang tidur bersama anda sekarang ialah isteri anda yang sebenar..??Adakah bantal yang anda peluk setiap malam adalah bantal..?? Adakah anda tidur berseorangan di atas katil setiap malam?? HA3....cuba renung-renungkan cerita ini.......
   

hey there!!!!!!!!!

| Thursday, 12 April 2012 | 0 comments |



Hey semua para peminat cerita hantu like me... Nama saya hidayah yes, saya suka sangat cerita tentang hantu...ha3..blog ni pon saya buat just untuk cerita pasal hantu siapa yang berani bacalah but siapa yang ade penyakit lemah jantung tu harap-harap dan dimaklumkan supaya tak bacalah blog ini sebab kemungkinan besar saya akan penuhkan blog ini dengan cerita-cerita dan gambar-gambar yang menyeramkan hik3.. dan sesiapa yang umur bawah 12 tahun tu lebih baik tak perlu baca dan  tengoklah sebab takut nanti ade yang tak boleh tidor malam ha3.. so harap anda semua enjoy membaca kisah-kisah misteri yang ada dlm blog saya k... enjoy!!!! AND REMEMBER GHOST ARE EVERY WHERE......mungkin ketika anda baca blog saya ini ade dia menemani anda ha3....