skip to main |
skip to sidebar
Razali bekerja disebuah hotel sebagai bellboy, usianya masih muda. Tugasnya bermula dari pukul 11 tengah hari dan habis kira-kira pukul 11 malam. Oleh kerana dia baru bekerja , masih belum mampu membeli kenderaan sendiri. Dia berulang alik dari rumah ke tempat kerja dengan menaiki bas dan LRT. Jika dia terlewat, perkhidmatan pengangkutan awam sudah habis, maka terpaksalah dia menaiki teksi. Walaupon tambangnya agak mahal bagi seorang pekerja biasa seperti dia, mahu tidak mahu dia terpaksa juga menaikinya, kerana tiada pilihan lain untuk pulang ke rumah abangnya di sebuah taman di Ampang, berdekatan dengan Bukit Belachan.
Pada waktu malam, kerja di hotel masih banyak belum selesai, Razali tidak boleh pulang awal, selalunya dalam pukul 11 malam dia sudah pun melangkah keluar dari perkarangan hotel menuju ke stesen monorail dan terus menaiki bas terakhir di Jalan Ampang. Malam itu pukul 12 malam baru dia dapat balik, kerana ada majlis di hotel, dia kena tunggu sehingga majlis selesai.
Setelah berdiri di tepi jalan selama 45 minit baru sebuah teksi berhenti, kira-kira setengah jam , dia pun sampai di kawasan perumahan berdekatan dengan rumah abangnya. Razali tidak turun di hadapan rumahnya kerana rumah abangnya terletak di tengah-tengah kawasan perumahan yang agak besar, selalunya Razali akan turun di tepi jalan besar dan mengambil jalan pintas di celah-celah rumah orang dan juga kawasan perkububuran.
Lagi cepat mengambil jalan pintas dari teksi yang terpaksa berpusing-pusing hampir dua kilometer dan boleh jimat juga dalam rm1.50.Sebaik sahaja Razali turun dari teksi dan melangkah longkang yang agak besar, dia ternampak dua orang gadis yang cantik sedang berjalan di jalan pintas yang sama.Biasalah sebagai anak muda, apabila melihat dua gadis cantik tentu Razali melangkah cepat-cepat untuk mengekorinya, sambil jalan berkawan dapat juga berkenalan.
"Hai! Adik ni malam-malam ni datang dari mana?" tegur Razali sambil berjalan di belakang dua gadis itu.Gadis itu langsung tidak menoleh tetapi terus berjalan. Bau aroma minyak wangi gadis itu cukup wangi. Oleh kerana tidak dibalas sapaan, Razali menyapa lagi, "adik berdua ni duduk mana?"
Ketika itu barulah kedua-duanya menoleh sambil tersenyum dan menuding ke arah depan."Nama siapa?" Razali mula rancak hendak berbual. Kedua-dua gadis cantik itu hanya tersenyum. Mereka terus berjalan di tepi longkang besar yang memisahkan jalan pintas dan pagar tanah perkuburan.
Oleh kerana gadis itu hanya tersenyum dan tidak mahu bersuara langsung, timbul keinginan Razali untuk mengikutnya dari belakang. Makin lama gadis itu berjalan semakin pantas, walaupon Razali mempercepatkan langkah, namun kedua-dua gadis itu lebih jauh ke depan.
Kemuadian kedua-dua mereka hilang di celah-celah rumah orang. Razali pun membelok ke kanan menuju ke rumah abangnya, berjalan sambil bersiul. Tetapi setelah melangkah dan melangkah dia lihat taman perumahan itu berlainan sekali. Tidak seperti selalu, Razali berdiri seketika di tepi jalan sambil memerhati deretan rumah-rumah dan tertanya-tanya pada dirinya di manakah dia berada ketika itu. Puas dia memerhati mencari rumah abangnya tidak juga jumpa. Akhirnya dia ternampak sebuah pondok kayu yang dibina di hadapan rumah untuk berehat-rehat. Dia terus membaringkan dirinya di situ kerana terlalu letih. Dia pun tertidur lena kerana terlalu letih.
Besok pagi, dia terasa badannya digoyang-goyangkan oleh seseorang yang mengejutkannya. Dia pun membuka kelopak mata dan dia dapati dirinya sedang terbaring di tepi sebuah pusara. Semakin dia membesarkan kelopak mata dia lihat dua batang batu nisan di sisinya. Terkejut melihat suasana itu, Razali pun melompat bingkas bangun. Seorang pakcik tua berdiri di tepinya dan bertanya, kenapa dia tidur di tanah perkuburan itu. Adakah dia terlalu sedih dengan kematian saudaranya sehingga sanggup tidur di kubur itu?
Razali mengosok-gosok pasir di sekeliling bajunya dan menjawab," Eh tidak pakcik, tidak saya bukan tidur di kubur saudara saya...em saya sendiri pun tidak kenal kubur siapa ni!". " Habis tu macam mana awak boleh tidur di kubur ni?" tanya pakcik sambil menegakkan batang cangkul yang dipegang untuk membetul topi hijau lusuh yang dipakainya.
Razali pun menceritakan kisah yang terjadi pada malam tadi.... Pakcik itu memberitahu dia adalh penggali dan penjaga kawasan tanah perkuburan itu. Memang ada dua orang gadis meninggal serentak kerana kemalangan jalan raya di tepi jalan besar tempat Razali turun teksi. Sudah sebulan kejadian itu berlaku dan itulah kubur yang dia tiduri itu. Kelam kabut Razali meminta diri dan terus pulang ke rumah.......
Jadi Adakah Rumah Anda Berdekatan Dengan Kubur... Adakah anda pasti kubur tersebut selamat dilalui ketika waktu malam..?? Pernahkah Kejadian Misteri Seperti Di Atas Berlaku Di Kawasan Kubur Yang Berdekatan Dengan Rumah Anda...??? ha3..
INI GAMBAR PEREMPUAN YANG ANDA INGIN TUMPANGKAN KETIKA TERJUMPA DI TEPI JALAN..........NAMPAK CANTIK SANGAT MESTI RAMAI YANG BERKENAN CIRI WANITA TERAKHIR MACAM TU....
TETAPI
SETELAH DITUMPANGKAN ANDA AKAN BERTANYA BEBERAPA SOALAN TETAPI TIDAK DIJAWAB........MESTI ANDA AKAN TERTANYA-TANYA KENAPA DIA TIDAK MENJAWAB DAN CUBA UNTUK MELIHAT SETELAH ANDA IHAT MUKA PEREMPAUN TERSEBUT BUKAN LAGI SEPERTI GAMBAR YANG DI ATAS TETAPI......HE3.....
HA3...SELEPAS ITU APA YANG TERJADI....?? HE3 MESTILAH KEMALANGAN JALAN RAYA HA3........
Isteri Sulaiman telah melahirkan anak di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sulaiman bekerja shift no 2, iaitu habis dalam pukul 8 malam.Sebaik sahaja keluar dari kilang, dia meluru masuk ke hospital untuk melihat kelahiran anak sulungnya. Sulaiman gembira dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya.Kerana terlewat datang, sepatutnya dia tidak dibenarkan masuk melawat wad bersalin tetapi atas ehsan kemamusiaan dia diberi kebenaran, lagi pun isterinya yang bersalin maka diberi kelepasan.
Setelah berbual dan menjaga isterinya, hari semakin malam, pukul 11:30 malam, pengawal keselamatan meminta Sulaiman beredar dr wad. Sulaiman mencium anaknya berkali-kali dan mengusap kepala isteri. Dia berjalan keluar dari blok hospital, menuju ke tempat letak kereta. Hanya tinggal kereta Sulaiman sahaja terletak di kawasan letak kereta pelawat. Ketika melangkah dalam dua ratus meter dari blok hospital, muncul seorang makcik tua berpakaian biasa, merapati Sulaiman dan berkata, "Nak, makcik nak minta duit nak makan, boleh tak nak!"
Sulaiman teringat ibunya di kampung yang seusia dengan makcik itu.Hiba rasa hatinya melihat makcik tua meminta duit untuk beli makanan.Dia pun bercadang memberi sedekah dalam sepuluh ringgit. Dia tarik dompet dari poket seluar, diselaknya dan didapati hanya ada sekeping rm50.
Alahai,itulah satu-satunya duit yang tinggal.Jika dia beri sehelai rm50, bagaimana pula dengan dirinya. Dia fikir hari sudah larut malam, dia tidak lagi menggunakan wang untuk hari ini. Untuk besok dia boleh cucuk kad bank keluarkan wang.
Dengan keihklasan dia menghulurkan sekeping rm50.Makcik itu ambil setelah mengucapkan terima kasih, dia pun beredar pergi.Sulaiman masuk ke dalam kerata dan sebaik sahaja beredar kira-kira 1 kilometer, dia lihat minyak keretanya sudah kosong, lampu tangki minyak sudah menyala dan dia ragu-ragu minyak yang ada itu boleh sampai ke rumahnya di Ampang.
Dia pun memandu ke bank di jalan Ampang, iaitu berdekatan KLCC, bertujuan untuk mencucuk duit keluar dari mesin ATM.Baru dia sedar waktu sudah melebihi pukul 12 malam, semua mesin ATM tidak berfungsi.
Aduhai, Sulaiman berhenti seketika di hadapan bank itu dan memikir bagaimana caranya untuk mendapat wang untuk membeli minyak. Dia tiada pilihan melainkan pulang semula ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk meminjam wang dari isterinya, dalam jumlah rm10 pun mencukupi setakat hendak pulang ke rumah.
Setelah sampai di pagar bawah blok Bersalin. pengawak keselamatan tidak membenarkan dia masuk. Kerana hari sudah telalu lewat. Walau apa pun alasan yang Sulaiman beri, tetap tidak dibenarkan. Setelah puas merayu dan tidak berjaya, Sulaiman tekad untuk terus pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di Ampang. Sekiranya kereta kehabisan minyak, dia bercadang untuk memberhentikannya di tepi jalan dan menunggu sehingga esok pagi. Berkemungkinan dia terpaksa tidur di dalam kereta, apa mahu buat.
Melangkah dengan lemah menuju ke kereta. Dia pun menghidupkan enjin dan kereta mula keluar dari kawasan hospital. Tiba-tiba dia terpandang seheai rm50 di atas tempat duduk sebelah pemandu. Sulaiman ambil duit itu dan dibelek-beleknya untuk memastikan adakah itu benar-benar wang. Memang sah itu wang rm50. Siapakah yang meletakkan wang rm50 di situ?
Sulaiman binggung tetapi dia terus menuju ke stesen minyak dan setelah mengisi rm30 dia hulur wang rm50 itu. Hatinya berasa takut juga sama ada itu wang atau mungkin bertukar menjadi daun apabila dipegang orang lain.
Sulaiman lega melihat wang itu diletakkan dalam peti cashier dan diterima baki rm20 dengan senyum lebar...adakah makcik itu meletakkan wang itu semula setelah melihat Sulaiman dalam kecemasan, jika benar, bagaimana makcik itu boleh memasukkan wang itu, sedang cermin dan pintu betutup rapat?
adakah anda pasti hospital-hospital yang slalu anda melawat adalah selamat dan tiada ngangguan..?? jangan terlalu pasti ha3 mungkin ada perkara misteri pernah berlaku di situ.. dan ingat dia berada di mana2 ha3.... adakah anda beseorangan sekarang..???jangan terlalu pasti ha3..kerana selalunya ada dia menemani kita hik3
Kad undangan berwarne merah jambu dengan tulisan warna emas yang tercetak, terletak di atas meja ruang tamu. Terdorong rasa hatiku untuk membuka dan membacanya walaupon perutku sudah kelaparan. Kata isteriku "Bang, kad itu dari JB pada hari sabtu depan. Kak Kamariah yang di Tambun tu, kita pergi ya bang! Bukan orang lain kak sepupu abang kan", sambil membaca kad undangan itu aku angguk-anggukkan saja tanpa berkata apa-apa.
Isteriku memujuk lagi:" Bang, kan sudah beberapa bulan ini kita tidak ke Singapura, saya pun sudah rindu dengan keluarga, lepas jumpa keluarga bolehlah kita ke Singapura , sekali-sekala hilangkan stress apa salahnye bang. Ya bang, ya....". Setelah selesai membaca kad itu itu aku kemudian memandang isteriku dan menganggukkan kepala tanda setuju sambil terus berjalan ke dapur diikuti isteri dari belakang,dan kami pun makan malam.
Memang cepat hari berlalu, tak terasa hari Sabtu yang ditunggu pun tiba. Kami pun berangkat dari Ipoh ke JB.
Setibanya di Melaka, Maria isteriku memberi cadangan dan terus memujuk aku untuk singgah di Gunung Ledang, dia kata teringin sangat hendak melihat tempat tu......Lagi pun hari perkhawinannye besok, kami bukan terburu-buru hendak ke sana.
Aku meletakkan kereta di pinggir gunung yang agak sejuk isteriku menarik-narik tanganku ke arah lubuk sungai di kak gunung tersebut dan duduklah kami dangan santai sambil bercerita. Ada saja cerita keluar dari mulut isteriku, si Maria tu memang celoteh. Kemudian Maria menceritakan rancangannya di JB nanti, katanya setelah selesai majlis perkhawinan, dia mahu melawat beberapa tempat menarik di Singapura. Sebelum itu, dia mahu pergi ke rumah saudara mara di Johor, lagi pula sudah lama tak berkunjung. Setelah puas menikmati keindahan di sekitar sungai dan kaki gunung itu, kami pun meninggalkan kawasan itu dan melanjutkan perjalannan ke JB.
Setibanya di Batu Pahat, isteriku meminta berhenti sekejap di supermarket untuk beli roti dan minuman untukk mengisi perut ketika dalam perjalanan. Aku malas untuk turun, aku biar isteriku turun seorang diri dan pergi masuk ke supermarket tersebut.
Tak lama kemudian terlihat seorang yang memang mirip isteriku membawa bungkusan besar makanan dan minuman mendekati kereta. Tentulah aku crpat-cepat bukakan pintu kerana aku sangkakan isteriku. Setelah dia masuk ke dalam kereta aku tercium bau bunga cempaka bercampur kemenyan yang membuat bulu romaku berdiri.
Tetapi kerana melihat wajah isteriku yang berseri-seri dan berkata dia telah membeli beberapa roti kegemaranku maka aku pun tidak pedulikan bau aneh yang muncul serentak dengan kedatangan isteriku tadi.
Kereta bejalan dn meluncur pergi keluar dari Bandar Batu Pahat meneruskan perjalanan ke JB. Sayangnya mataku kurang perasan, sehingga tidak terlihat bahawa sebenarnye beberapa saat sebelum kereta bergerak tadi, isteriku yang sebenarnya muncul di pintu supermarket dengan mambawa bungkusan besar berisi makanan dan dia nampak keretaku meluncur pergi dengan membawa wanita lain.
Isteriku terlalu marah dan menyangka aku telah pergi atau lari meninggalkan dia dengan membawa wanita lain, ketika itu juga dicampakkan bungkusan dan dengan air mata bercucuran kemudian lari pulang ke Ipoh. Hatinya dipenuhi dengan marah geram, cemburu,sedih dan semuanya. Mulutnya mengomat kamit berkata, " siap dia nanti bila balik ke rumah nanti". Berkali-kali dia berkata begitu sepanjang perjalanan kembali ke Ipoh.
Dengan rasa geram Maria terus bertanya-tanya, siapakah perempuan yang menjadi simpanan suaminya itu dan telah pergi bersam suaminya??.. Mengapa dia ditinggalkan begitu saja tanpa menoleh untuk menengok sedikit pun, sungguh kejam.
Bagaimana dengan anaknya Rita, apakah dia sedang menangis menanyakan emaknya atau sedang apa ?Memang kejam sekali suami ini. Rasa benci terbenam di hatinya yang sedih dah luka.
Sesampai Maria di rumah langsung dia menghempaskan dirinya ke atas tempat tidur dan menangis tersedu-sedu sambil tak berhenti-hentinya mengeluatkan ancaman....
Dalam masa yang sama tidak sedikit pun terlintas di fikiran aku tentang terjadinya hal ini. Isteriku sedang bersedih di rumah, aku sedang berbual romantis dengan wanita yang kusangka isteri itu. Selaa dalam perjalanan itu aku rasa seronok sangat, kerana aku tengok isteriku bertambah-tambah manja dan seksi terhadapku, hinggakan berkali-kali pipiku diciumnya membuat hatiku semakin berbunga-bunga.
Isteriku itu kemudian merapatkan tubuhnya dan merebahkan kepalanya ke peha ku dan berkata "baaang, kalau boleh saya nak mesra-mesra dengan abang sekarang".
Aku berfikir sambil berkata dalam hati, apalah Maria ni kan masih banyak masa apabila sampai JB nanti. Ketika rambutnya menyentuh pipiku, ketika itu aku tercium kembali bau wangi bunga cempaka bercampur kemenyan, sehingga bulu romaku tegak lagi. Syampu apa pula yang dia pakai ni! Dengus aku dalam hati, sambil menahan lubang hidung. Bau wangi syampu yang dia pakai ni menimbulkan rasa takut di hatiku pula.
SETIBANYA DI JB
Akhirnya setelah tiba di JB, aku langsung menuju ke hotel yang terdekat dari Bandar JB, dan menempah bilik untuk satu malam kerana ingin beristirehat sejenak menjelang majlis perkhawinan nanti.Setelah masuk dalam bilik , isteriku mengajak mandi bersama, aku terkejut besr kerana sebelum in tidak pernah dia buat begitu, adakah dia membaca buku atau mendengar ceramah keluarga di tv yang memberi idea itu,tapi aku ikut saja kemahuannya. Di dalam bilik mandi, isteriku berbisik mesra meminta hubungan intim, pada mulanya aku kurang setuju tapi dia goda aku membangkitkan hasrat kelelakianku......
Majlis perkhawinan anak Kakak Kamariah sangat meriah dan memang ramai keluarga datang, kami saling bertanya dan bercerita keadaan keluarga dengan mesra. Ketika sesi penggambaran mulanya isteriku menolak, tapi setelah dipujuk akhirnya dia mahu juga. Ada keluarga yang mengajak kami bermalam di rumah mereka tapi dengan baik aku tolak kerana sudah menyewa bilik hotel.Akhirnya majlis pun selesai dan kami pun meminta diri untuk pulang.
Sesampainya di bilik hotel isteriku melepaskan pakaian kebaya majlis perkhawinan itu satu demi satu sambil menggerakkan tubuhnya dengan romantik, aku tahu dia hendak mengoda aku dan setelah terlepas semuanya dia terus menerkam aku.Malam itu tiga kali berhubungan intim hingga letih aku nak melayan isteriku yang sudah berubah peragai.
Tengah hari kami pun check out keluar dari hotel dan berangkat pulang ke Ipoh. Menjelang nak masuk maghrib isteriku mendesak untuk berhenti di kaki Gununh Ledang semula. Dia mendesak kerana nak berehat di lubuk sungai yang kami kungungi semalam. Aku menolak kerana mahu cepat sampai ke rumah. Tetapi dia terus berkeras dan mendesak-desak memberi alasan yang tidak masuk akal, mahu tidak mahu aku singgah juga.
Setelah duduk berehat, isteriku berkata dengan wajah serius kepadaku, bahawa perjalanan ini tak akan pernah dilupakannya dan dia mencium pipiku berkali-kali aku jadi pelik dengan kelakuannya dan kata-katanya itu. Seperti hendak berpisah pula dan tidak akan bertemu denganku lagi.....
Sedang duduk di tepi sungai, azan maghrib pun bergema mendayu-dayu, tiba-tiba dengan tidak kusangka-sangka isteriku terjun ke dalam lubuk sungai, aku jadi terkejut dan menjerit sekuat-kuat hati sambil menjenguk ke dalam sungai.Aku menjerit meminta tolong sehingga datang beberapa lelaki termasuk pengawal yang menjaga kawasan.Setelah aku menceritakan kisah tersebut kepada pengawal di Gunung Ledang. Pengawal itu pun memberanikan diri turun sambil mengikat badannya ke tali.Setelah dicari ke dalam lubuk, dia kata tiada apa-apa pun.
Aku terus menangis dan menangis meminta mereka selamatkan isteriku.Pengawal yang menjaga Gunung Ledang merasa kesian dan mehubungi polis .Pegawai polis memujuk dan meminta nombor telefon waris terdekat.Akhirnya mereka telah menghubungi kakakku di JB dan memberitahu dakwaan yang aku buat menggatakan isteriku terjun dalam perigi.Kakakku pun beritahu, isteriku baru beberapa jam tadi ada menghubungi mereka di JB menuduh aku meninggalkannya di Batu Pahat dan kini ada di Ipoh.Sebenarnya kakakku pun pelik kerana pada majlis perkhawinan aku ada membawa isteri.
Kemudian polis memanggil aku dan meminta aku bercakap dalam telefon dengan isteriku di Ipoh. Aku berhenti menangis dan tersentak, benarkah yang aku dengari dalam telefon itu isteriku, sedangkan tadi dia terjun di dalam perigi. Mereka telah meminta isteriku datang ke balai polis dan mengambilku pulang,pada sangkaan polis aku mengalami masalah jiwa.
Tengah malam itu, aku sendiri terkejut melihat isteriku muncul di balai polis dengan muka masam dan marah kerana aku tinggalkan dia di hadapan supermarket. Aku kebingungan dan terpinga-pinga... Pihak polis bertanya kepada isteriku adakah aku mengalami sebarang penyakit dan mungkin terlupa nak makan ubat atau sebagainya isteriku menggeleng aku kebingungan.
Akhirnya datang sepupu aku menunjukkan semua gambar yang diambil bersama isteriku ketika majlis perkhawinan, di bahagian isteriku berdiri kelihatan seperti asap, wajah isteriku langsung tidak nampak. Aku lega dengan bukti-bukti itu setidak-tidaknya orang lain tidak mengatakan aku sewel atau gila.
Jadi adakah anda pasti isteri yang tidur bersama anda sekarang ialah isteri anda yang sebenar..??Adakah bantal yang anda peluk setiap malam adalah bantal..?? Adakah anda tidur berseorangan di atas katil setiap malam?? HA3....cuba renung-renungkan cerita ini.......
Hey semua para peminat cerita hantu like me... Nama saya hidayah yes, saya suka sangat cerita tentang hantu...ha3..blog ni pon saya buat just untuk cerita pasal hantu siapa yang berani bacalah but siapa yang ade penyakit lemah jantung tu harap-harap dan dimaklumkan supaya tak bacalah blog ini sebab kemungkinan besar saya akan penuhkan blog ini dengan cerita-cerita dan gambar-gambar yang menyeramkan hik3.. dan sesiapa yang umur bawah 12 tahun tu lebih baik tak perlu baca dan tengoklah sebab takut nanti ade yang tak boleh tidor malam ha3.. so harap anda semua enjoy membaca kisah-kisah misteri yang ada dlm blog saya k... enjoy!!!! AND REMEMBER GHOST ARE EVERY WHERE......mungkin ketika anda baca blog saya ini ade dia menemani anda ha3....